Tidak jumpa apa yang anda cari?

Menyediakan pengesahan 2 langkah untuk Spotify for Artists

Perlindungan tambahan untuk anda dan pasukan anda.

Pengesahan 2 langkah menambahkan lapisan keselamatan tambahan untuk akaun Spotify for Artists anda dengan memerlukan langkah kedua selepas anda memasukkan kata laluan anda.

Menghidupkan pengesahan 2 langkah

Kami tidak memerlukan pengguna mengaktifkan pengesahan 2 langkah, tetapi amat menggalakkan pengguna berbuat demikian untuk meningkatkan perlindungan.

  1. Log masuk ke accounts.spotify.com.
  2. Pilih Pengesahan 2 langkah diikuti dengan Sediakan. Anda mungkin perlu log masuk semula.
  3. Pilih sama ada untuk mendayakan pengesahan 2 langkah melalui aplikasi pengesah atau mesej teks (SMS). Petua: Anda boleh mendayakan kedua-dua pilihan dengan kembali ke halaman ini.

Menggunakan aplikasi pengesah

  1. Muat turun aplikasi pengesah seperti Google Authenticator pada telefon anda.
  2. Pada halaman akaun Spotify anda, imbas kod QR atau masukkan kod pengaktifan untuk memautkan aplikasi pengesah anda kepada Spotify.
  3. Masukkan kod daripada aplikasi pengesah anda.

Petua: Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat. Anda boleh menggunakan kod sandaran itu untuk log masuk jika anda kehilangan telefon anda.

Menggunakan mesej teks SMS

  1. Masukkan nombor telefon anda dan tekan Hantar mesej teks.
  2. Kami akan menghantar SMS dengan kod 6 digit kepada anda. Masukkan kod untuk melengkapkan penyediaan.

Petua: Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat. Anda boleh menggunakan kod sandaran itu untuk log masuk jika anda kehilangan telefon anda.

Anda akan menerima pengesahan e-mel selepas pengesahan 2 langkah diaktifkan.

Tidak melihat pengesahan 2 langkah sebagai pilihan?

Pengesahan 2 langkah hanya tersedia untuk pengguna Spotify for Artists pada masa ini.

Kami berharap ciri ini dapat disediakan untuk lebih ramai pengguna pada masa akan datang.

Kod sandaran

Jika anda kehilangan telefon anda atau tidak boleh mengakses aplikasi pengesah anda, anda boleh menggunakan kod sandaran untuk log masuk.

Anda haruslah memuat turun atau menyimpan kod sandaran anda apabila anda menyediakan pengesahan 2 langkah dan anda juga boleh menemukan kod sandaran itu di accounts.spotify.com di bawah perlindungan kata laluan.

Maklumat penting tentang kod sandaran:

  • Jangan sesekali berkongsi kod sandaran anda
  • Setiap kod sandaran hanya boleh digunakan sekali
  • Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat
  • Jika anda menggunakan komputer yang dikongsi, jangan muat turun kod sandaran anda. Sebaliknya, cetak atau salin kod sandaran tersebut

Jika anda rasa orang lain mungkin mempunyai akses kepada kod sandaran anda, anda boleh menjana kod sandaran baharu:

  1. Log masuk ke accounts.spotify.com.
  2. Pilih Pengesahan 2 langkah, diikuti dengan Edit.
  3. Pilih Tunjukkan kod di bawah kod Sandaran.
  4. Klik Jana kod baharu.

Simpan kod baharu anda di tempat yang selamat.

Adakah artikel ini berguna?