Lagu yang dicadangkan untuk Discovery Mode
Semasa penyediaan kempen anda, kami mungkin menunjukkan cadangan lagu untuk dimasukkan. Anda boleh menggunakan cadangan diperibadikan ini, bersama-sama dengan strategi dan matlamat anda sendiri, untuk menentukan lagu yang hendak dipilih.
Kami akan mencadangkan penambahan lagu jika lagu itu diramalkan akan menunjukkan prestasi baik dalam Discovery Mode. Untuk menentukan perkara tersebut, kami menggunakan pembelajaran mesin untuk mempertimbangkan banyak isyarat, seperti:
- Prestasi lagu dalam konteks Discovery Mode dalam tempoh 28 hari yang lalu
- Metrik artis seperti pengikut, pendengar bulanan dan penambahan playlist
- Penampilan terdahulu dalam playlist diperibadikan di Spotify
Nota: Kami yakin dengan cadangan lagu kami, tetapi kami tidak boleh menjamin bahawa lagu yang dicadangkan itu akan membawa kepada apa-apa hasil tertentu.
Adakah artikel ini berguna?