Garis panduan barang dagangan
Penyenaraian barang dagangan di Spotify membolehkan artis memaparkan barang dagangan dan berkongsi pengalaman dengan peminat mereka di platform tersebut. Kami komited dalam memperkasakan artis untuk membina kerjaya yang mampan dan kami menggalakkan para artis untuk menggunakan ciri ini dengan penuh tanggungjawab serta mematuhi Terma dan Syarat Spotify for Artists. Pelanggaran mana-mana syarat di bawah akan menyebabkan artis tersebut tidak layak menyenaraikan barang dagangan di Spotify.
Barang dagangan dapat dilihat oleh peminat di semua pasaran tempat Spotify tersedia, kecuali Mesir, Hong Kong, India, Indonesia, Pakistan, Filipina, Arab Saudi dan Turkiye.
Garis panduan barang dagangan
Barang dagangan yang dibenarkan termasuklah:
- rakaman muzik (misalnya, rekod vinil, mixtape, CD)
- pakaian (misalnya, kemeja, jaket, topi)
- beg dan beg jinjing
- barangan buatan tangan (iaitu item yang dibuat dan/atau direka oleh artis)
Barang dagangan dan perkhidmatan yang dilarang termasuklah:
- arak, produk tembakau, dadah rekreasi, alatan dadah atau ubat-ubatan
- pornografi dan produk orang dewasa (misalnya, mainan seks)
- barang yang menggalakkan atau mengagung-agungkan kumpulan yang berasaskan kebencian atau faham pelampau ganas
- barang yang berkaitan dengan cabutan bertuah atau perjudian (misalnya, tiket loteri, mesin judi)
- barang yang digodam atau dicuri dan peranti untuk mencuri (misalnya, pembuka kunci, penyiring kad)
- dokumen kerajaan (misalnya, kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan, pasport, sijil kelahiran)
- peranti dan aksesori perubatan
- produk berkaitan COVID‑19 (misalnya, makanan tambahan, dokumentasi vaksin, kad imunisasi)
- mata wang kripto (misalnya, opsyen binari, dompet mata wang kripto)
- alat pencegah hamil, penokok diet dan makanan tambahan herba
- barang yang diperoleh daripada manusia (misalnya, cecair tubuh)
- barang yang menyokong atau menentang entiti politik atau keputusan perundangan
- perkhidmatan dalam talian
- barang haram (misalnya, produk palsu, tiruan atau dihasilkan secara tidak sah)
- barang yang tertakluk pada peraturan kawalan antarabangsa dan eksport
- barang yang berbahaya (misalnya, bahan letupan, senjata atau barang berkaitan)
Peraturan umum
- Sila patuhi Peraturan Platform Spotify.
- Patuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
- Patuhi terma dan syarat mana-mana platform pembayaran atau pengehosan pihak ketiga.
- Pastikan profil anda mematuhi Terma dan Syarat Spotify for Artists.
- Jangan menjual barang yang melanggar hak harta intelek atau hak publisiti orang lain.
- Jangan menyiarkan apa-apa kandungan yang mengelirukan atau menipu berkaitan dengan barang dagangan anda. Misalnya, jangan menyamar sebagai individu, jenama atau organisasi dan pastikan imej dan huraian barang anda adalah tepat.
- Jangan promosikan barang dagangan anda dengan cara yang tidak konsisten dengan Garis Panduan Pengguna dalam Terma dan Syarat Spotify for Artists.
- Anda (artis) atau rakan niaga barang dagangan anda bertanggungjawab atas pemenuhan barang dan sokongan pelanggan, bukan pihak Spotify.
- Spotify berhak untuk mengeluarkan barang dagangan yang melanggar garis panduan di atas daripada platform. Kami juga berhak untuk mengeluarkan mana-mana barang yang menjejaskan perniagaan kami secara negatif atau yang mempromosikan kandungan yang bertentangan dengan kepentingan kami.
- Mendapatkan akses kepada Spotify for Artists
- Tidak dapat log masuk
- Menjemput ahli pasukan ke Spotify for Artists
- Menyediakan pengesahan 2 langkah untuk Spotify for Artists
- Menukar persediaan pengesahan 2 langkah anda untuk Spotify for Artists
- Masalah semasa log masuk ke Spotify for Artists dengan pengesahan 2 langkah
- Menyertai pasukan artis atau label lain dalam Spotify for Artists
- Tahap akses dalam Spotify for Artists
- Mengeluarkan ahli pasukan daripada Spotify for Artists
- Pasukan label dalam Spotify for Artists
- Menetapkan negara pengebilan anda dalam Spotify for Artists
- Mencari resit untuk kempen paparan
- Mengesahkan akaun peribadi
- Menukar e-mel perniagaan anda
- Penukaran bahasa
- Melihat senarai dan keluaran artis anda
- Pasukan label tiada artis atau keluaran
- Tetapan pemberitahuan
- Menetapkan hubungan pengebilan anda di bawah e-mel kumpulan
- Mengurus keutamaan iklan artis
- Mempromosikan muzik di Spotify
- Mengusulkan muzik kepada editor playlist kami
- Berkongsi muzik anda
- Penstriman buatan dan perkhidmatan pihak ke-3 berbayar yang menjamin strim
- Muzik yang belum dikeluarkan dalam Spotify for Artists
- Pemain terbenam
- Kedudukan carian Spotify
- Cara mendapatkan muzik dalam Perkara Baharu
- Bermula dengan kempen paparan
- Membuat kempen paparan
- Pasaran sasaran untuk kempen paparan
- Matlamat audiens untuk kempen paparan
- Ramalan dan belanjawan untuk kempen paparan
- Menyesuaikan kempen paparan anda
- Pengebilan dan pembayaran untuk kempen paparan
- Menetapkan negara pengebilan anda dalam Spotify for Artists
- Mencari resit untuk kempen paparan
- Menjejaki hasil kempen paparan
- Mengedit atau membatalkan kempen paparan