Muzik yang belum dikeluarkan dalam Spotify for Artists
Tab Akan Datang dalam Spotify for Artists menunjukkan muzik anda yang belum dikeluarkan.
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Pergi ke
Muzik, kemudian Akan Datang.
Perkara yang boleh anda lakukan dalam Akan Datang
- Lihat semua muzik yang belum dikeluarkan yang telah dihantar kepada Spotify oleh label atau pengedar anda
- Usulkan keluaran layak kepada editor playlist. Ketahui lebih lanjut tentang pengusulan muzik akan datang anda
- Buat Halaman Kira Detik - jika anda layak. Ketahui lebih lanjut tentang Halaman Kira Detik
- Tambahkan Canvas pada muzik akan datang anda. Ketahui lebih lanjut tentang Canvas
- Dapatkan pautan untuk keluaran anda. Klik Salin URI untuk menggunakan pautan bagi tujuan kempen prasimpan dan pemasaran
- Lihat butiran keluaran, termasuk tarikh keluaran, senarai lagu dan seni kulit luar
Nota: Untuk mengubah mana-mana butiran ini, minta label atau pengedar anda menghantar kemas kini.
Waktu muzik anda akan muncul dalam Akan Datang
Muzik muncul dalam tab Akan Datang selepas label atau pengedar anda menghantar muzik tersebut kepada Spotify.
Masa kira-kira 48 jam dari masa anda menghantar lagu melalui pengedar anda kepada Spotify mungkin diperlukan sebelum muzik dipaparkan.
Jika anda tidak melihat keluaran anda, semak dengan pengedar anda untuk memastikan pengedar anda itu telah menghantar keluaran anda kepada profil artis yang betul.
Beberapa jenis keluaran tidak akan muncul dalam Akan Datang:
- Kompilasi yang mengandungi lagu daripada berbilang artis, atau lagu daripada album lain yang dikeluarkan sebelum ini
- Keluaran yang anda merupakan artis yang ditampilkan
- Keluaran yang anda hanya disenaraikan pada tahap lagu tetapi bukan tahap keluaran
Tarikh dan masa keluaran
Tarikh yang ditunjukkan dalam tab Akan Datang ialah tarikh paling awal keluaran akan tersedia di mana-mana negara.
Misalnya:
- Keluaran dijadualkan untuk dilancarkan pada masa yang sama di seluruh dunia: 12:00 tengah malam UTC pada 1 Januari. Di sesetengah zon waktu barat, tarikh pada waktu keluaran itu masih 31 Disember, jadi kami memaparkan akan 31 Disember sebagai tarikh keluaran dalam Spotify for Artists.
- Keluaran dijadualkan untuk dilancarkan pada 12:00 tengah malam waktu tempatan di setiap negara atau rantau pada 1 Januari. Kami memaparkan 1 Januari sebagai tarikh keluaran dalam Spotify for Artists.
Bergantung pada zon waktu anda, tarikh keluaran yang anda lihat mungkin berbeza daripada tarikh yang anda tetapkan.
Label atau pengedar anda boleh membantu anda mengubah atau mengesahkan tarikh atau masa keluaran anda.
Melaporkan keluaran yang bukan milik anda
Sekiranya terdapat keluaran dalam tab Akan Datang anda yang bukan milik anda:
- Klik
di sebelah keluaran.
- Klik Laporkan keluaran tidak betul.
Kami akan menghantar e-mel kepada anda apabila kami sudah menyelesaikan isu ini - biasanya dalam tempoh beberapa hari.
Nota: Pastikan label atau pengedar anda turut dimaklumkan. Isu salah padanan kandungan selalunya muncul di semua perkhidmatan penstriman. Melaporkan kepada Spotify hanya akan menyelesaikan isu yang melibatkan Spotify.
- Borang tidak berfungsi? Hubungi kami
- Tidak mempunyai akses kepada Spotify for Artists? Dapatkan akses di sini
Tempoh muzik yang belum dikeluarkan akan kekal dalam Akan Datang
Muzik yang belum dikeluarkan akan kekal dalam tab Akan Datang anda sehingga hari muzik itu dikeluarkan.
Pada hari keluaran, lagu itu akan beralih ke Keluaran dan Lagu dalam tab Muzik.
Orang yang boleh melihat muzik Akan Datang
Sesiapa sahaja yang mempunyai akses Pentadbir atau Editor kepada profil artis anda boleh melihat keluaran akan datang. Ketahui lebih lanjut tentang tahap akses pasukan
Artikel berkaitan
- Memasukkan muzik dalam Spotify
- Membuat profil artis di Spotify
- Muzik yang belum dikeluarkan dalam Spotify for Artists
- Video muzik di Spotify
- Bermula dengan Halaman Kira Detik di Spotify
- Memuat naik semula muzik
- Memasukkan podcast anda dalam Spotify
- Muzik tidak disiarkan pada tarikh keluaran?
- Kandungan yang dilarang
- Kompilasi