Organisasi Hak Persembahan dan Badan Pengumpul
Royalti penerbitan daripada penstriman
Untuk royalti penerbitan daripada penstriman, royalti persembahan dan juga mekanikal dijana, jadi anda perlu memastikan kedua-dua set royalti dikutip.
- Royalti persembahan: Royalti yang dibayar kepada pemilik gubahan muzik sebagai pertukaran untuk lesen persembahan.
- Royalti mekanikal: Royalti yang dibayar kepada pemilik gubahan muzik sebagai pertukaran untuk lesen mekanikal.
Nota: Pecahan peratusan antara royalti persembahan dengan royalti mekanikal dalam strim berbeza-beza mengikut negara.
Istilah penting
Organisasi Hak Persembahan (Performing Rights Organizations, PRO)
Di Amerika Syarikat, Organisasi Hak Persembahan mewakili penerbit dan pencipta lagu untuk lesen persembahan dan pembayaran royalti.
Contoh PRO di AS termasuklah:
- ASCAP
- BMI
- SESAC
- GMR
Organisasi Pengurusan Kolektif (Collective Management Organizations, CMO)
Organisasi Pengurusan Kolektif ialah agensi kolektif yang mewakili pemilik hak cipta (cth. penerbit dan pencipta lagu) serta mengendalikan royalti persembahan dan juga royalti mekanikal.
Organisasi ini digunakan di kebanyakan negara (kecuali AS) untuk mempromosikan karya ahli, serta mentadbir, mengutip dan membayar royalti untuk lesen persembahan dan mekanikal ahli masing-masing.
Contoh termasuk GEMA (Jerman), SACEM (Perancis), ABRAMUS (Brazil) dan PRS for Music (UK).
Agensi Hak Mekanikal
Agensi Hak Mekanikal (juka dikenali sebagai Organisasi Hak Mekanikal) mewakili penerbit dan pencipta lagu untuk lesen mekanikal dan pembayaran royalti.
Nota: Jika anda pencipta lagu, penggubah atau penulis lirik dan anda telah menyerahkan hak anda untuk mengutip royalti mekanikal di AS kepada penerbit atau pentadbir, anda akan menerima royalti mekanikal anda terus daripada mereka dan bukannya Agensi Hak Mekanikal.
Contoh Agensi Hak Mekanikal di AS termasuklah Harry Fox Agency (HFA) dan Music Reports. Spotify telah bekerjasama dengan Harry Fox Agency untuk mentadbir lesen mekanikal dan royalti mekanikal kami di AS sebelum Kolektif Pelesenan Mekanikal berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.
Kolektif Pelesenan Mekanikal (AS)
Kolektif Pelesenan Mekanikal (Mechanical Licensing Collective, MLC) ialah entiti bukan untung yang mentadbir sistem pelesenan menyeluruh yang ditubuhkan oleh Akta Pemodenan Muzik (Music Modernization Act, MMA) mulai 1 Januari 2021.
MLC menerima notis dan laporan daripada penyedia muzik digital, mengenal pasti karya muzik dan pemilik karya untuk urusan pembayaran, serta mengutip dan mengedarkan royalti kepada pencipta lagu, penggubah, penulis lirik, penerbit muzik, pentadbir dan CMO tadbir sendiri.
Ketahui cara mendaftar gubahan anda
Badan Pengumpul
Istilah yang merujuk kepada Organisasi Hak Persembahan, Organisasi Pengurusan Kolektif dan Agensi Hak Mekanikal secara menyeluruh.
Artikel berkaitan
- Mendapatkan akses kepada Spotify for Artists
- Tidak dapat log masuk
- Menjemput ahli pasukan ke Spotify for Artists
- Menyediakan pengesahan 2 langkah untuk Spotify for Artists
- Menukar persediaan pengesahan 2 langkah anda untuk Spotify for Artists
- Masalah semasa log masuk ke Spotify for Artists dengan pengesahan 2 langkah
- Menyertai pasukan artis atau label lain dalam Spotify for Artists
- Tahap akses dalam Spotify for Artists
- Mengeluarkan ahli pasukan daripada Spotify for Artists
- Pasukan label dalam Spotify for Artists
- Menetapkan negara pengebilan anda dalam Spotify for Artists
- Mencari resit untuk kempen paparan
- Mengesahkan akaun peribadi
- Menukar e-mel perniagaan anda
- Penukaran bahasa
- Melihat senarai dan keluaran artis anda
- Pasukan label tiada artis atau keluaran
- Tetapan pemberitahuan
- Menetapkan hubungan pengebilan anda di bawah e-mel kumpulan
- Mengurus keutamaan iklan artis
- Kirim playlist artis pada profil anda
- SongDNA
- Sokongan Peminat
- Mengurus Pilihan Artis anda
- Menambah biodata pada profil artis Spotify anda
- Menambah pautan media sosial pada profil artis Spotify anda
- Mendapatkan pautan Sokongan Peminat
- Butiran artis
- Perihal Lagu Ini
- Kredit AI di Spotify
- Dasar Sokongan Peminat
- Podcast pada profil artis anda
- Mempromosikan muzik di Spotify
- Mengusulkan muzik dan video kepada editor playlist Spotify
- Berkongsi muzik anda
- Penstriman buatan dan perkhidmatan pihak ke-3 berbayar yang menjamin strim
- Muzik yang belum dikeluarkan dalam Spotify for Artists
- Pemain terbenam
- Kedudukan carian Spotify
- Cara mendapatkan muzik dalam Perkara Baharu
- Bermula dengan kempen paparan
- Membuat kempen paparan
- Pasaran sasaran untuk kempen paparan
- Matlamat audiens untuk kempen paparan
- Ramalan dan belanjawan untuk kempen paparan
- Menyesuaikan kempen paparan anda
- Pengebilan dan pembayaran untuk kempen paparan
- Menetapkan negara pengebilan anda dalam Spotify for Artists
- Mencari resit untuk kempen paparan
- Menjejaki hasil kempen paparan
- Mengedit atau membatalkan kempen paparan