Sumber strim

Graf sumber strim memaparkan tempat pendengar anda memainkan lagu audio atau video muzik anda di Spotify.

Anda boleh melihat graf sumber strim pada:

  • Tab Tab audiens Audiens > Rumusan yang mengandungi lebih banyak data dan sumber
  • Tab Tab muzik Muzik > Lagu apabila anda mengetik mana-mana lagu

Setiap graf sumber strim memaparkan jumlah strim daripada:

  • Profil artis dan katalog anda
  • Playlist dan pustaka milik pendengar
  • Playlist editorial Spotify
  • Playlist algoritma Spotify

Sumber tambahan yang boleh anda temukan pada halaman Audiens ialah:

  • Senarai lagu pendengar: Apabila pendengar menstrim muzik anda selepas memilih Tambah ke senarai lagu.
  • Playlist editorial yang diperibadikan: Apabila pendengar menstrim muzik anda pada playlist yang dibuat oleh editor Spotify tetapi juga diperibadikan untuk setiap pendengar berdasarkan cita rasa mereka.
  • Radio dan autoplay: Apabila pendengar menstrim muzik anda di Spotify Radio atau apabila muzik anda dimainkan secara automatik selepas pendengar mendengar sehingga hujung album, playlist atau pemilihan lagu.
  • Carta: Apabila pendengar menstrim muzik anda dalam carta pada aplikasi Spotify.

Halaman Audiens juga membahagikan sumber kepada aktif dan diprogramkan:

  • Sumber aktif ialah tempat pendengar menstrim muzik anda selepas mencari muzik dengan sengaja.
  • Sumber diprogramkan ialah tempat pendengar menstrim muzik anda kerana Spotify atau pendengar lain memilih muzik tersebut untuk mereka.

Nota: Jumlah data daripada setiap sumber mungkin melebihi jumlah yang anda lihat untuk Semua sumber aktif atau Semua sumber diprogramkan jika pendengar anda memainkan muzik anda daripada berbilang sumber.

Nota: Statistik dalam Spotify for Artists direkodkan dalam Waktu Universal Selaras (UTC). Anda tidak boleh menukar zon masa. Ketahui lebih lanjut tentang zon waktu

Adakah artikel ini berguna?