Tidak jumpa apa yang anda cari?

Data pendengar dan pengikut

Dalam Spotify for Artists, anda boleh melihat statistik untuk pendengar dan pengikut anda.

Statistik keseluruhan untuk profil artis anda dipaparkan dalam Audiens. Statistik untuk lagu dan keluaran individu dipaparkan dalam Muzik.

Tetapkan rangka masa atau lihat statistik pendengar dan pengikut harian dengan menuding di atas graf garis masa.

Siapakah pendengar dan pengikut?

  • Pendengar: Pendengar unik yang menstrim lagu anda sepanjang tempoh masa yang anda tentukan
  • Pengikut: Orang yang mengikuti profil artis anda

Data pendengar

Bandingkan pendengar harian dan bulanan dalam tab Audiens anda untuk menjejaki perubahan dalam bilangan peminat yang mendengar muzik anda.

Data pendengar bulanan bagus untuk mengetahui prestasi muzik anda dalam jangka masa yang lebih lama. Statistik pendengar bulanan anda dikemas kini setiap hari.

Tukar lokasi audiens untuk melihat statistik di negara tertentu atau di seluruh dunia. Harap maklum bahawa negara yang ditunjukkan sebagai "tersedia" pada peta mungkin tertakluk pada sekatan perkhidmatan serantau.

Data pengikut

Secara purata, selepas mengikuti artis, pendengar 3 kali ganda lebih cenderung untuk menstrim muzik artis tersebut dalam masa 6 bulan yang akan datang.

Semak tab Penglibatan keluaran untuk melihat bilangan pengikut anda yang telah menstrim muzik baharu anda setiap hari dalam tempoh 28 hari pertama selepas keluaran:

  1. Log masuk ke artists.spotify.com.
  2. Pergi ke Audiens.
  3. Klik Penglibatan keluaran.

Perhatian: Hanya tersedia pada versi web Spotify for Artists.

Pengikut menerima muzik baharu anda dengan pelbagai cara - daripada playlist diperibadikan seperti Release Radar kepada suapan Perkara Baharu. Cuba petua pada tab Penglibatan keluaran untuk menggalakkan lebih ramai pengikut anda mendengar muzik baharu anda.

Adakah artikel ini berguna?