Segmen audiens
Untuk: Semua pengguna pada web
- Log masuk ke Spotify for Artists
- Pergi ke Audiens kemudian Segmen.
Dalam Spotify for Artists, jumlah audiens anda dibahagikan kepada 3 segmen:
Segmen | Huraian |
---|---|
Audiens aktif | Pendengar berharga yang telah menstrim muzik anda dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lalu daripada sumber aktif seperti profil artis anda, halaman keluaran anda atau pustaka dan playlist mereka sendiri |
Audiens aktif sebelum ini | Pendengar yang pernah berada dalam audiens aktif anda tetapi tidak menstrim muzik anda dengan sengaja dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari. Mereka masih boleh menstrim muzik anda daripada sumber yang diprogramkan |
Audiens yang diprogramkan | Pendengar yang hanya menstrim muzik anda daripada sumber yang diprogramkan seperti playlist editorial, Discover Weekly, Radio, Autoplay atau playlist oleh pendengar lain sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun yang lalu |
Bersama-sama, 3 segmen ini membentuk jumlah audiens anda, jumlah bilangan pendengar unik sejak 2 tahun yang lalu.
Ketahui lebih lanjut tentang sumber strim anda
Segmen audiens aktif
Klik segmen audiens aktif anda untuk memecahkan segmen tersebut kepada 3 segmen selanjutnya:
Segmen | Huraian |
---|---|
Pendengar super | Pendengar anda yang paling berdedikasi dalam tempoh 28 hari yang lalu. Mereka juga yang paling berkemungkinan akan terus menstrim muzik anda |
Pendengar sederhana | Pendengar yang menstrim muzik anda berulang kali dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lalu dan masih boleh berkembang menjadi pendengar super |
Pendengar ringan | Pendengar yang menstrim muzik anda sekali atau dua kali dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lalu dan boleh berkembang menjadi pendengar sederhana |
Audiens aktif anda boleh membantu anda memahami sejauh mana anda mengekalkan pendengar dan sama ada mereka menjadi peminat atau tidak.
Secara purata, pendengar yang menstrim lagu secara aktif akan memainkan muzik artis tersebut 4x lebih kerap dalam tempoh 6 bulan yang seterusnya.
Bilangan strim lwn bilangan jumlah audiens
Klik segmen untuk membandingkan bilangan strim dengan bilangan jumlah audiens.
Bilangan strim menunjukkan bilangan strim daripada 28 hari yang lalu daripada setiap segmen audiens.
Bilangan jumlah audiens menunjukkan bilangan pendengar unik daripada 2 tahun lepas dalam setiap segmen.
Togol antara paparan ini untuk memahami kesan setiap segmen pada kiraan strim anda.
Cara jumlah audiens anda berubah dari semasa ke semasa
Di bawah carta pada tab Segmen anda, kini anda boleh melihat cara pendengar anda beralih antara segmen audiens ini sepanjang 28 hari yang lalu.
Metrik | Huraian | Dahulu, pendengar ini merupakan... |
---|---|---|
Pendengar yang diaktifkan semula | Pendengar yang menyertai semula audiens aktif anda | Dalam audiens aktif anda sebelum ini |
Pendengar aktif baharu | Pendengar yang menyertai audiens aktif anda buat kali pertama | Dalam audiens yang diprogramkan atau tiada dalam audiens anda langsung |
Pendengar baharu | Pendengar yang belum menstrim muzik anda di mana-mana di Spotify dalam tempoh 2 tahun yang lalu | Tiada dalam audiens anda langsung |
Pendengar bulanan berbanding dengan audiens aktif
Pendengar bulanan anda ialah jumlah pendengar anda dalam tempoh 28 hari yang lalu - termasuk orang yang telah menstrim muzik anda daripada sumber aktif dan diprogramkan.
Pendengar aktif anda ialah subset pendengar bulanan anda yang mewakili pendengar yang telah menstrim muzik anda secara aktif dalam tempoh 28 hari yang lalu.
Audiens aktif menyerlahkan kepelbagaian dalam pendengar bulanan anda, khususnya pendengar yang menstrim muzik anda secara sengaja, yang menandakan bahawa mereka akan terus menstrim muzik anda pada masa hadapan.
Anda boleh menggunakan data ini untuk memahami jenis pendengar anda yang berbeza dengan lebih baik dan membangunkan strategi pemasaran yang berkesan untuk mencapai matlamat anda.
Mengembangkan audiens aktif anda
Artis selalunya menumpukan pada usaha untuk mendapatkan peminat baharu untuk menambahkan audiens mereka dan bukannya mengeratkan hubungan dengan peminat tegar mereka yang sedia ada. Walaupun kedua-dua perkara ini penting, kami mendapati bahawa secara purata, audiens aktif anda menjana lebih banyak strim akan datang bagi muzik anda berbanding dengan pendengar lain.
Anda boleh mengukur kejayaan strategi perkembangan peminat anda dengan menggunakan halaman Segmen.
Galakkan strim aktif dengan membuat kempen Marquee atau kempen Showcase, mengemaskinikan Pilihan Artis untuk menarik lebih banyak strim pada profil artis anda, atau berkongsi Kad Promosi pada media sosial anda.
Artikel Berkaitan
- 2024 Wrapped for Artists
- Data pendengar dan pengikut
- Kiraan strim secara langsung
- Cara kami mengira strim
- Carta
- Waktu statistik dikemas kini dalam Spotify for Artists
- Melihat playlist yang menampilkan anda
- Mengeksport data
- Penglibatan keluaran
- Segmen audiens
- Sumber strim
- Cara kami mengira penyimpanan
- Cara kami menjana lagu popular
- Sejauh manakah sejarah statistik anda
- Cara kami mengira tontonan Canvas
- Pasukan label tiada artis atau keluaran