Tidak jumpa apa yang anda cari?

Mengusulkan muzik kepada editor playlist kami

Untuk: Pentadbir dan Editor

Gunakan Spotify for Artists untuk mengusulkan lagu yang akan datang dan belum dikeluarkan kepada editor playlist kami.

Kami juga akan menambahkan lagu yang anda usulkan pada playlist Release Radar pengikut anda dan anda boleh menyematkan lagu tersebut pada playlist This Is anda jika anda layak untuk playlist ini.

  1. Log masuk ke Spotify for Artists.
  2. Cari muzik yang belum dikeluarkan untuk diusulkan:
    1. Pada bahagian atas Ikon tab utama Utama, pilih USULKAN DARIPADA KELUARAN SETERUSNYA.
    2. Di web, anda juga boleh membuat usul daripada tab Music tab Muzik di bawah Akan Datang.
  3. Pilih lagu dan masukkan maklumat. Lebih banyak maklumat yang kami terima, lebih tinggi peluang lagu tersebut.

Petua: Perlukan akses kepada Spotify for Artists? Ketahui cara mendapatkan akses

Maklumat tentang pengusulan muzik:

  • Hantarkan muzik anda kepada kami sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh keluarannya supaya editor kami mempunyai masa untuk mendengar
  • Anda tidak boleh mengusulkan kompilasi atau lagu yang menampilkan anda sebagai artis ditampilkan
  • Anda hanya boleh mengusulkan satu lagu pada satu masa. Setelah lagu yang anda usulkan disiarkan, anda boleh mengusulkan lagu lain
  • Sesiapa yang mempunyai akses Pentadbir atau Editor boleh melihat dan mengedit usul tersebut
  • Anda boleh mengedit pengusulan anda sehinggalah pada hari lagu dikeluarkan, tetapi tiada jaminan yang editor akan melihat perubahan tersebut
  • Apabila lagu telah disiarkan, lagu tersebut tidak lagi layak untuk diusulkan

Cara menyematkan lagu yang diusulkan pada playlist This Is anda:

  • Anda boleh menyematkan lagu yang anda usulkan pada playlist This Is anda jika anda layak untuk playlist ini
  • Selepas lagu anda tersedia untuk pendengar di Spotify, penyematan mengambil masa lebih kurang 3 hari
  • Anda hanya boleh menghantar satu permintaan penyematan pada satu-satu masa. Selepas lagu yang disematkan disiarkan, anda boleh menghantar permintaan lain
  • Lagu disematkan pada playlist This Is anda sehingga tempoh 28 hari selepas keluaran dalam urutan permintaan yang diminta dan lagu yang paling awal disematkan akan dipaparkan dahulu

Cara mengetahui sama ada lagu anda dipilih atau tidak

Kami akan menghantar e-mel kepada anda jika lagu anda dipilih. Anda juga boleh menyemak tab Playlist dalam Spotify for Artists apabila keluaran anda disiarkan dan meneroka statistik terperinci tentang lagu tersebut. Editor kami mungkin memilih lagu yang berbeza untuk playlist mereka berbanding lagu yang anda usulkan.

Pengusulan tidak menjamin kemasukan lagu dalam playlist. Jika lagu anda tidak dipilih, lagu tersebut masih boleh ditemui selepas ini. Pastikan anda mendapat perhatian editor kami dengan membina kumpulan peminat anda dan berinteraksi dengan audiens anda di Spotify dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, penghantaran usul sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari keluaran akan memasukkan lagu anda ke dalam playlist Release Radar pengikut anda. Anda juga boleh menyematkan lagu anda pada playlist This Is anda jika anda layak untuk playlist ini.

Usul oleh label sahaja

Pemberi lesen dan label boleh membuat pengusulan label sahaja.

Artis dan pengurus boleh melihat lagu dan orang yang mengusulkan lagu, tetapi mereka tidak boleh mengedit atau melihat beberapa butiran usul (misalnya, genre, mood dan tag budaya).

Anda boleh menghubungi pemberi lesen atau label anda sekiranya anda memerlukan bantuan dengan usul oleh label sahaja.

Adakah artikel ini berguna?