Tidak jumpa apa yang anda cari?

Mengurus imej artis

Untuk: Pentadbir dan Editor

Sempurnakan profil artis anda dengan mengurus mana-mana imej ini:

  • Imej avatar: Imej anda dalam hasil carian dan aplikasi mudah alih Spotify.
  • Imej pengepala: Imej kulit pada bahagian atas profil anda dalam aplikasi desktop dan pemain web Spotify.
  • Galeri imej: Imej dalam bahagian Perihal profil anda.

Tambah imej avatar

Harap maklum: Anda tidak boleh mengeluarkan imej avatar anda, tetapi anda boleh mengedit imej tersebut.

Pelayar web

  1. Log masuk ke artists.spotify.com.
  2. Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik ikon pensel pada bahagian atas belah kanan.
  4. Di bawah Imej avatar, klik Kemas kini.

Aplikasi

  1. Ketik ikon profil pada bahagian bawah sebelah kanan.
  2. Ketik EDIT IMEJ.

Imej carian anda lazimnya mengambil masa 24-72 jam untuk dikemas kini. Jika imej tersebut tidak dikemas kini selepas 72 jam, mulakan semula aplikasi Spotify beberapa kali (ini mungkin masalah cache).

Tambah imej pengepala

Harap maklum: Imej pengepala menggantikan imej avatar dalam aplikasi desktop dan pemain web Spotify.

  1. Log masuk ke artists.spotify.com.
  2. Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik ikon pensel pada bahagian atas belah kanan.
  4. Di bawah Imej pengepala, klik Kemas kini.

Uruskan galeri imej anda

Tambah, keluarkan atau susun semula imej dalam galeri imej anda. Anda boleh menambah sehingga 125 imej.

Pelayar web

  1. Log masuk ke artists.spotify.com.
  2. Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
  3. Klik PERIHAL.
  4. Klik ikon pensel di sebelah Galeri imej.

Aplikasi

  1. Ketik ikon profil pada bahagian bawah sebelah kanan.
  2. Tatal bawah ke Perihal.
  3. Ketik EDIT di sebelah Perihal.

Artikel Berkaitan

Adakah artikel ini berguna?