Menggunakan Discovery Mode dalam Spotify for Artists
Discovery Mode ialah alat untuk pemasar artis dan muzik yang direka untuk membantu anda mencari pendengar baharu pada waktu yang paling penting bagi anda.
Untuk: Pentadbir dan Editor pasukan Artis pada web. Minta Pentadbir pasukan anda menambahkan anda pada pasukan atau menukar tahap akses anda.
Artis yang layak
Discovery Mode kini dalam beta dan belum tersedia untuk semua artis. Kami sedang berusaha mengembangkan akses kepada semua pasukan artis yang layak.
Jika anda mempunyai akses, anda akan menemukan bahagian Discovery Mode pada tab Kempen dalam Spotify for Artists.
Anda mungkin layak jika pasukan artis anda memenuhi semua syarat berikut:
- Anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 lagu yang layak
- Anda mempunyai sekurang-kurangnya 25,000 pendengar bulanan. Kami mendapati Discovery Mode paling sesuai digunakan dengan saiz audiens ini dan ke atas
- Anda mempunyai pasukan Spotify for Artists aktif yang didaftarkan dalam salah satu negara di bawah. Ketahui cara menetapkan negara pengebilan pasukan anda
Lagu yang layak
Lagu layak untuk Discovery Mode dalam Spotify for Artists jika lagu memenuhi semua syarat berikut:
- Lagu telah dikeluarkan di Spotify selama sekurang-kurangnya 30 hari. Jika terdapat berbilang versi, tarikh keluaran paling awal menentukan kelayakan
- Lagu telah distrim sekurang-kurangnya 20 kali dalam konteks Discovery Mode dalam tempoh 28 hari yang lalu. Ketahui lebih lanjut tentang konteks Discovery Mode
- Lagu memenuhi kriteria kelayakan pengewangan Spotify pada bulan lalu
- Diedarkan oleh salah satu pemberi lesen ini:
Kami akan terus mengembangkan kelayakan dan akan berkongsi maklumat lanjut seiring dengan perkembangan Discovery Mode.
Membuat kempen Discovery Mode
Anda boleh menyediakan kempen antara 11 hari bulan pada bulan itu hingga 12 tengah malam UTC pada hari terakhir bulan tersebut.
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Pergi ke
Kempen, kemudian Discovery Mode.
- Klik Sediakan kempen [bulan].
- Pilih lagu yang ingin disertakan.
- Semak kempen anda dan klik Hantar.
Kempen akan bermula pada jam 12 tengah malam UTC pada 1 hari bulan pada bulan seterusnya.
Anda boleh mengedit pilihan lagu anda sehingga jam 12 tengah malam UTC pada hari terakhir bulan semasa.
Jika lagu anda mempunyai berbilang versi
Pemilihan Discovery Mode berlaku pada peringkat lagu.
Jika lagu anda muncul dalam berbilang keluaran (cth., pada single dan album), lagu ini akan mempunyai berbilang URI lagu untuk rakaman yang sama.
Untuk memaksimumkan potensi jangkauan, kami memasukkan semua URI lagu untuk semua versi lagu itu. Kami juga menambahkan mana-mana URI lagu baharu untuk lagu tersebut dalam kempen apabila dikeluarkan.
Memahami kos Discovery Mode
Discovery Mode tidak memerlukan belanjawan pendahuluan.
Sebaliknya, komisen 30% dikenakan pada royalti rakaman yang dijana daripada semua strim lagu yang dipilih serta URI lagu yang berkaitan dalam konteks Discovery Mode. Semua strim lain tidak dikenakan komisen seperti biasa.
Jika versi baharu lagu yang dipilih dikeluarkan semasa kempen aktif berjalan, kami akan menyertakan URI lagu versi tersebut dan komisen akan dikenakan.
Perlukan bantuan lanjut?
Ketahui lebih lanjut tentang: