Tidak jumpa apa yang anda cari?
Menulis biodata anda
Untuk: Pentadbir dan Editor
Sampaikan kisah anda. Gunakan Spotify for Artists untuk membuat dan mengemas kini biodata pada profil artis anda.
- Anda ada 1,500 aksara untuk biodata anda
- Gunakan @tag untuk memautkan artis, album, playlist dan lagu di Spotify
- Tampal pautan Spotify dalam medan teks
- Tambahkan pautan pada laman media sosial dan halaman Wikipedia anda
Pelayar web
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
- Klik PERIHAL.
- Klik ikon pensel di sebelah Biodata.
Petua: Untuk menambahkan pautan pada media sosial dan Wikipedia, klik ikon pensel di sebelah Maklumat lanjut.
Aplikasi
Harap maklum: Anda tidak boleh menambahkan pautan media sosial pada bahagian Maklumat lanjut dalam aplikasi mudah alih.
- Ketik ikon profil pada bahagian bawah sebelah kanan.
- Tatal bawah ke Perihal.
- Ketik EDIT di sebelah Perihal.
Petua: Untuk menambahkan pautan ke Wikipedia, tampal pautan dalam kotak di bawah Biodata Wikipedia.
Garis panduan biodata
Patuhi Peraturan Platform Spotify. Apa-apa yang melanggar peraturan ini akan dikeluarkan.
Adakah artikel ini berguna?