pengesahan 2 langkah
Perlindungan tambahan untuk anda dan maklumat pasukan anda.
Pengesahan 2 langkah menambahkan lapisan keselamatan tambahan untuk akaun Spotify for Artists anda dengan memerlukan langkah kedua selepas anda memasukkan kata laluan anda.
Menghidupkan pengesahan 2 langkah
Kami tidak memerlukan pengguna mengaktifkan pengesahan 2 langkah, tetapi amat menggalakkan pengguna berbuat demikian untuk meningkatkan perlindungan.
- Log masuk ke halaman akaun anda.
- Pilih Keselamatan kemudian Persediaan di bawah pengesahan 2 langkah. Anda mungkin perlu log masuk semula.
- Pilih sama ada untuk mendayakan pengesahan 2 langkah melalui aplikasi pengesah atau mesej teks (SMS).
Petua: Anda boleh mendayakan kedua-dua pilihan dengan kembali ke halaman ini.
Menggunakan aplikasi pengesah
- Muat turun aplikasi pengesah seperti Google Authenticator pada telefon anda.
- Imbas kod QR atau masukkan kod pengaktifan untuk memautkan aplikasi pengesah anda kepada Spotify.
- Masukkan kod daripada aplikasi pengesah anda.
- Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat.
Menggunakan mesej teks SMS
- Masukkan nombor telefon anda dan tekan Hantar mesej teks.
- Kami akan menghantar SMS dengan kod 6 digit kepada anda. Masukkan kod untuk melengkapkan penyediaan.
- Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat.
Anda akan menerima pengesahan e-mel selepas pengesahan 2 langkah diaktifkan.
Tidak melihat pengesahan 2 langkah sebagai pilihan?
Pengesahan 2 langkah hanya tersedia untuk pengguna Spotify for Artists pada masa ini. Kami berharap ciri ini dapat dilancarkan kepada lebih banyak pengguna pada masa akan datang.
Melog masuk menggunakan pengesahan 2 langkah
Selepas menyediakan pengesahan 2 langkah, anda akan log masuk ke akaun Spotify for Artists anda dengan memasukkan kata laluan anda dan kod daripada mesej teks yang kami hantar kepada anda atau aplikasi pengesah anda.
Jika anda telah mendayakan mesej teks dan juga aplikasi pengesah, kami akan menghantar kod anda sebagai mesej teks secara lalai. Pilih Mahu log masuk dengan cara lain? untuk bertukar kepada aplikasi pengesah anda atau gunakan kod sandaran.
Kod akan diminta setiap kali anda log masuk ke Spotify for Artists atau halaman web Spotify lain.
Masalah semasa melog masuk dengan pengesahan 2 langkah?
Jika anda tidak boleh mengakses kod yang dihantar melalui mesej teks atau yang dijana oleh aplikasi pengesah anda, pilih Mahu log masuk dengan cara lain? dan cuba gunakan salah satu daripada kod sandaran anda untuk log masuk.
Jika anda melihat mesej ralat "Terlalu banyak percubaan, sila cuba lagi kemudian", anda perlu menunggu selama 30 minit sebelum mencuba lagi.
Jika anda masih tidak boleh log masuk, hubungi kami.
Menukar persediaan pengesahan 2 langkah anda
Anda boleh menyediakan peranti baharu, mengemas kini nombor telefon anda, menukar aplikasi pengesah anda atau mematikan pengesahan 2 langkah pada halaman akaun anda.
Pilih Keselamatan kemudian Edit di bawah pengesahan 2 langkah. Tekan Tukar untuk menyediakan peranti, nombor telefon atau aplikasi pengesah baharu, atau Keluarkan untuk mematikan pengesahan 2 langkah.
Anda perlu log masuk semula sebelum mengesahkan apa-apa perubahan.
Anda akan menerima pengesahan e-mel selepas membuat apa-apa perubahan pada persediaan pengesahan 2 langkah anda.
Nota: Kami amat mengesyorkan penggunaan pengesahan 2 langkah untuk meningkatkan perlindungan akaun. Pastikan anda memadamkan semua kod sandaran yang dimuat turun jika anda mematikan pengesahan 2 langkah.
Kod sandaran
Jika anda kehilangan telefon anda atau tidak boleh mengakses aplikasi pengesah anda, anda boleh menggunakan kod sandaran untuk log masuk.
Kami akan menunjukkan kod sandaran apabila anda menghidupkan pengesahan 2 langkah. Anda juga boleh menemukan kod sandaran tersebut di halaman akaun anda di bawah perlindungan kata laluan.
Maklumat penting tentang kod sandaran:
- Simpan kod sandaran anda di tempat yang selamat
- Jika anda menggunakan komputer yang dikongsi, jangan muat turun kod sandaran anda. Sebaliknya, cetak atau salin kod sandaran tersebut
- Jangan sesekali berkongsi kod sandaran anda
- Setiap kod sandaran hanya boleh digunakan sekali
Jika anda rasa orang lain mungkin mempunyai akses kepada kod sandaran anda, anda boleh menjana kod sandaran baharu.
- Pergi ke tab Keselamatan di halaman akaun anda. Anda mungkin perlu log masuk.
- Pilih Tunjukkan kod di bawah kod Sandaran.
- Klik Jana kod baharu.
- Simpan kod baharu anda di tempat yang selamat.