Kredit lagu boleh diklik di Spotify

Kami menunjukkan semua kredit daripada metadata yang dihantar oleh label atau pengedar anda kepada kami, daripada penerbit dan jurutera hingga pencipta lagu dan artis yang ditampilkan.

Penghargaan pencipta lagu dapat diklik jika pencipta lagu mempunyai Songwriter Page dan Written By Playlist yang disambungkan. Halaman ini kini dalam versi beta, jadi hanya sesetengah penghargaan pencipta lagu boleh diklik pada masa ini.

Ketahui lebih lanjut tentang Songwriter Pages

Betulkan kredit yang hilang atau salah

Untuk menambah atau mengemaskinikan kredit lagu, hubungi label atau pengedar anda dan minta mereka untuk menghantar semula metadata lagu dengan kredit yang betul.

Selepas kami menerima kemas kini, kredit selalunya akan muncul dalam masa 7 hari.

Harap maklum: Sesetengah pengedar belum menyokong kredit. Kami berusaha untuk memudahkan lagi proses untuk menyampaikan kredit anda kepada kami pada masa akan datang.

Adakah artikel ini berguna?