Warning:

Masa menunggu untuk bercakap dengan penasihat lebih lama daripada biasa.

Anda mungkin menemukan penyelesaian yang lebih pantas pada laman bantuan kami.

Sun, 22 Dec 2024 18:19:57 GMT

Tidak jumpa apa yang anda cari?

Royalti

Muzik di Spotify memperoleh dua jenis royalti:

  • Royalti rakaman: Wang yang terhutang kepada pemegang hak untuk rakaman yang distrim pada Spotify, yang dibayar kepada artis melalui pemberi lesen yang menghantar muzik tersebut, lazimnya syarikat rakaman atau pengedar mereka.
  • Royalti penerbitan: Wang yang terhutang kepada pencipta lagu atau pemilik gubahan. Pembayaran ini dikeluarkan kepada penerbit, badan pengumpul dan agensi mekanikal berdasarkan kawasan penggunaan.

Apabila lagu yang layak dimainkan di Spotify, pemegang hak akan menerima royalti untuk lagu tersebut, sama ada lagu dimainkan oleh pelanggan Premium atau pelanggan disokong iklan.

Untuk maklumat terperinci tentang ekonomi industri muzik dan pembayaran artis, semak spotify.com/loudandclear.

Cara kami mengira dan memproses royalti

Kami mengagihkan hasil bersih daripada yuran langganan Premium dan iklan kepada pemegang hak. Untuk mengira hasil bersih, kami menolak wang yang kami kumpul tetapi tidak dapat disimpan. Ini termasuk pembayaran untuk perkara seperti cukai, yuran pemprosesan kad kredit, pengebilan dan beberapa perkara lain seperti komisen jualan. Daripada itu, bahagian pemegang hak dalam hasil bersih ditentukan oleh perkongsian strim.

Kami mengira perkongsian strim dengan menghitung jumlah strim dalam bulan yang tertentu dan menentukan perkadaran strim bagi muzik yang dimiliki atau dikawal oleh pemegang hak tertentu yang didengari orang ramai.

Berbeza dengan perkara yang mungkin anda sudah dengar, Spotify tidak membayar royalti kepada artis mengikut kadar setiap kali muzik dimainkan atau distrim; pembayaran royalti yang diterima artis berbeza-beza mengikut perbezaan tentang cara muzik mereka distrim atau perjanjian yang mereka ada dengan label atau pengedar.

Cara artis dan pencipta lagu dibayar

Dalam kebanyakan kes, pembayaran royalti berlaku sekali sebulan, namun waktu dan jumlah tepat artis dan pencipta lagu dibayar bergantung pada persetujuan antara mereka dengan syarikat rakaman atau pengedar mereka - atau badan pengumpul dan penerbit untuk pencipta lagu. Setelah kami membayar pemegang hak mengikut bahagian penstriman mereka, pemegang hak akan membayar artis dan pencipta lagu mengikut persetujuan masing-masing. Spotify tidak mengambil tahu akan persetujuan antara artis dan pencipta lagu dengan syarikat rakaman, penerbit atau badan pengumpul mereka, jadi kami tidak bertanggungjawab atas jumlah bayaran yang dibayar oleh pemegang hak pada bulan tertentu.

Bagi maklumat lanjut, lihat How the Money Flows.

Perlukan bantuan lanjut?

Untuk maklumat yang lebih khusus bagi anda atau jika anda mempunyai masalah dengan royalti syarikat rakaman anda, kami menyarankan anda bercakap dengan label atau pengedar anda kerana mereka mengendalikan pelesenan dan pengagihan muzik anda serta merupakan pihak yang mengurus royalti anda.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang royalti penerbitan anda, anda boleh menghubungi pihak penerbit, organisasi hak persembahan atau kolektif hak cipta anda.

Pada bulan November 2023, kami mengumumkan beberapa perubahan akan datang pada dasar royalti kami. Ketahui lebih lanjut tentang pengumuman ini di sini

Adakah artikel ini berguna?