Pengebilan dan pembayaran Marquee dan Showcase
Menambah kaedah pembayaran
Untuk: Pentadbir di web
Tambahkan kaedah pembayaran yang sah untuk membuat kempen:
- Pergi ke artists.spotify.com/c/billing.
- Pilih pasukan yang ingin anda tetapkan kaedah pembayaran (jika anda berada dalam beberapa pasukan).
- Tambahkan maklumat kad pembayaran anda.
Nota: Anda tidak boleh menambahkan kaedah pembayaran jika anda berada di pasaran yang Marquee dan Showcase tidak tersedia.
Pentadbir dan Editor dalam pasukan anda boleh menggunakan kaedah pembayaran ini untuk membuat kempen.
Anda hanya boleh menambahkan 1 kad bagi setiap pasukan.
Kitaran pengebilan
Kami mengenakan caj pada kad pembayaran anda setiap hari anda mencecah ambang pengebilan anda dalam mata wang pengebilan tempatan anda.
Ambang pengebilan anda adalah berdasarkan sejarah aktiviti pembayaran anda.
Jika pasukan anda ialah pengguna baharu Marquee atau Showcase, anda akan dikenakan caj yang lebih kecil secara lebih kerap.
Apabila anda membina sejarah pembayaran yang berjaya, anda bakal melihat tempoh yang lebih lama antara caj untuk meminimumkan bilangan bil yang anda terima.
Apa-apa baki perbelanjaan akan dikenakan pada hari pertama bulan berikutnya.
Anda hanya dikenakan caj untuk klik, jadi perbelanjaan akhir anda mungkin lebih rendah daripada belanjawan anda.
Kempen Marquee berjalan selama 10 hari dan kempen Showcase berjalan selama 14 hari — atau sehingga belanjawan anda habis dibelanjakan.
Jika kempen anda mempunyai subkempen, anda akan menerima satu invois untuk semua subkempen.
Maklumat lanjut tentang cara melihat resit pembayaran anda
Cukai dan nombor pengenalan cukai
Mengurus ID cukai anda
Anda boleh menambah, mengedit atau mengeluarkan ID cukai anda pada halaman pengebilan anda.
Pengesahan
- Pengesahan ID cukai boleh mengambil sehingga 24 jam, tetapi anda boleh terus mula membuat kempen
- Jika ID cukai anda disahkan, anda mungkin tidak akan dikenakan caj cukai tambahan
- Jika ID cukai anda bersifat peribadi, atau tidak dihantar, cukai mungkin akan dikenakan pada caj anda
- Jika nombor dikembalikan sebagai tidak sah (contohnya, jika nombor dimasukkan dengan tidak betul), anda akan berpeluang memasukkan nombor baharu atau anda boleh meneruskan tempahan kempen dengan layanan cukai yang berkenaan.
Anda boleh mengedit ID cukai anda pada bila-bila masa. Jika anda mengeluarkan ID cukai tersebut, cukai mungkin akan dikenakan pada caj akan datang.
Memahami caj cukai
Caj cukai anda bergantung pada status ID cukai yang anda hantar. Mengubah atau mengeluarkan ID cukai anda boleh memberi kesan kepada cara anda dikenakan cukai, walaupun semasa kempen aktif.
Jika anda tidak memberikan nombor pengenalan cukai yang sah atau setara, Spotify berhak mengenakan apa-apa cukai tidak langsung yang mungkin perlu dibayar mengikut undang-undang yang berkenaan.
Jika anda tertakluk pada cukai, jumlah cukai akhir akan dikenakan pada masa pengebilan dan dinyatakan secara berasingan pada resit atau invois anda. Caj akhir anda bergantung pada prestasi kempen anda.
Artikel berkaitan
- Bermula dengan Marquee dan Showcase
- Membuat kempen Marquee atau Showcase
- Pasaran sasaran untuk kempen Marquee dan Showcase
- Penyasaran audiens untuk kempen Marquee dan Showcase
- Ramalan dan belanjawan untuk Marquee dan Showcase
- Menyesuaikan kempen Marquee atau Showcase anda
- Pengebilan dan pembayaran Marquee dan Showcase
- Menetapkan negara pengebilan anda dalam Spotify for Artists
- Cari resit Marquee dan Showcase
- Jejaki hasil Marquee dan Showcase
- Mengedit atau membatalkan kempen Marquee atau Showcase