Menyambungkan gedung Shopify anda kepada Spotify for Artists
Untuk: Pasukan artis pada web
Sambungkan gedung Shopify anda kepada Spotify for Artists untuk menjual barang dagangan secara langsung kepada peminat.
Jika anda baru menggunakan Shopify, anda boleh membuat gedung dengan Pelan Pemula Shopify.
Menyambungkan gedung Shopify anda
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Klik
Barang Dagangan & Acara.
- Klik Sambungkan gedung.
- Masukkan URL gedung Shopify anda (cth. your-store-name.myshopify.com) dan klik Pautkan gedung.
- Log masuk ke Shopify dan ikuti langkah persediaan. Anda perlu menambah Spotify sebagai saluran jualan, menerima terma dan memilih artis yang ingin dipautkan kepada gedung anda.
Nota: Anda hanya boleh memautkan satu gedung Shopify bagi setiap artis.
Mengurus gedung barang dagangan berbilang artis
Jika anda menjual barang dagangan untuk berbilang artis, anda perlu mengurus koleksi secara berasingan di Shopify.
- Log masuk ke Shopify.
- Pilih artis untuk ditambahkan pada jadual anda.
- Klik Tambah koleksi.
- Pilih koleksi dan klik Tambah koleksi.
Anda hanya boleh menambahkan satu koleksi bagi setiap artis. Untuk menjual barang dagangan yang sama untuk artis yang berbeza, buat satu salinan koleksi tersebut.
Anda boleh memautkan atau menyahpautkan seberapa ramai artis yang anda mahu. Artis boleh dicari dan diisih, dan jika anda mengurus lebih daripada lima artis, mereka akan muncul pada halaman tambahan.
Tip: Gunakan penapis Tiada koleksi untuk mencari artis yang masih memerlukan koleksi.
Memutuskan sambungan gedung Shopify
- Log masuk ke gedung Shopify anda.
- Pergi ke Spotify for Artists.
- Klik Putuskan Sambungan.