Dasar kandungan Canvas
Kami mempunyai beberapa had tentang jenis kandungan yang boleh digunakan sebagai Canvas.
Kandungan yang dilarang
Canvas yang tidak mematuhi Peraturan Platform Spotify akan dikeluarkan.
Kandungan promosi
Canvas merupakan tempat untuk anda meningkatkan dan menambahkan mesej seni anda serta tidak sepatutnya digunakan untuk menjual apa-apa atau terlalu bersifat promosi.
Ikuti garis panduan ini semasa membuat Canvas anda:
- Pastikan pendengar kekal di Spotify. Elakkan daripada menghalakan orang ramai ke mana-mana laman web atau URL, vendor tiket dan menggalakkan ikutan atau suka pada media sosial.
- Mana-mana teks hendaklah berkaitan dengan lagu tertentu dan tidak mengalihkan perhatian daripada imej/ karya seni anda. Teks tersebut tidak sepatutnya mempromosikan lagu atau album lain yang tidak berkaitan, akaun media sosial, jenama (termasuk penggunaan logo Spotify), produk, tawaran diskaun, pengalaman peminat, atau menggalakkan peminat untuk mengambil bahagian dalam peraduan atau cabutan bertuah. Sebarang teks hendaklah menyokong imej atau karya seni yang anda pilih, yang sepatutnya sentiasa kekal sebagai tumpuan utama permukaan Canvas.
Kami boleh mengeluarkan Canvas anda sekiranya Canvas tersebut digunakan untuk tujuan yang bersifat terlalu promosi.
Kandungan eksplisit
Walaupun kandungan anda dibenarkan di bawah Peraturan Platform kami, kandungan tersebut mungkin masih bukan jenis kandungan yang patut dilihat oleh pengguna yang lebih muda di Spotify. Anda perlu menandakan Canvas anda sebagai eksplisit untuk melindungi peminat anda daripada melihat kandungan yang menyebabkan mereka tidak selesa. Ini amat penting untuk melindungi pengguna yang lebih muda di Spotify.
Canvas anda harus ditandakan sebagai eksplisit jika Canvas anda mengandungi:
- Kata-kata cabul yang ditulis atau digambarkan
- Imej atau rujukan kepada keganasan, penderaan fizikal atau penderaan mental
- Imejan atau rujukan kepada penggunaan dadah rekreasi dan bahan terkawal lain
- Imej atau rujukan kepada tingkah laku seksual
- Imej atau rujukan kepada topik sensitif