Tidak jumpa apa yang anda cari?

Kandungan yang dilarang

Spotify merupakan platform terbuka untuk pengungkapan seni. Kami yakin dengan hak semua orang untuk berkongsi suara mereka. Oleh itu, secara umumnya semua pengkarya dan kandungan diterima di Spotify. Akan tetapi, kandungan boleh dikeluarkan atau ditapis daripada Spotify jika kandungan didapati melanggar Peraturan Platform Spotify atau mengandungi perkara berikut:

Kandungan yang Melanggar Hak Cipta

Kami melindungi harta intelek pencipta agar mereka mendapat ganti rugi yang setimpal dengan hasil karya mereka. Sebarang kandungan yang disediakan kepada Spotify tanpa kebenaran pemegang hak boleh dikeluarkan. Perkara yang sama juga terpakai untuk kandungan yang melanggar tanda dagangan orang lain. Jika anda menggunakan sampel dalam muzik anda, maka pastikan anda meminta kebenaran daripada pemiliknya terlebih dahulu. Jika anda berasa bahawa hak cipta anda dilanggar, maklumkan kepada kami di sini.

Kandungan yang Menyalahi Undang-undang

Kami mewajibkan pembekal kandungan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk kandungan yang diurus tadbir, yang ditadbir oleh Pejabat Kawalan Aset Luar Negara ("OFAC") di A.S. dan Bundesprüfstelle für jugendgefährdende Medien (“BPjM”) di Jerman. Sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang tempatan boleh dikeluarkan dan kami mungkin menahan pembayaran berkaitan jika kandungan tersebut dikenakan sekatan.

Pelanggaran dasar kandungan kami yang dilarang secara berulang boleh menyebabkan anda kehilangan akses kepada platform Spotify.

Adakah artikel ini berguna?