Tidak jumpa apa yang anda cari?
Mengurus imej artis
Untuk: Pentadbir dan Editor
Sempurnakan profil artis anda dengan mengurus mana-mana imej ini:
- Imej avatar: Imej anda dalam hasil carian dan aplikasi mudah alih Spotify.
- Imej pengepala: Imej kulit pada bahagian atas profil anda dalam aplikasi desktop dan pemain web Spotify.
- Galeri imej: Imej dalam bahagian Perihal profil anda.
Tambah imej avatar
Harap maklum: Anda tidak boleh mengeluarkan imej avatar anda, tetapi anda boleh mengedit imej tersebut.
Pelayar web
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
- Klik ikon pensel pada bahagian atas belah kanan.
- Di bawah Imej avatar, klik Kemas kini.
Aplikasi
- Ketik ikon profil pada bahagian bawah sebelah kanan.
- Ketik EDIT IMEJ.
Imej carian anda lazimnya mengambil masa 24-72 jam untuk dikemas kini. Jika imej tersebut tidak dikemas kini selepas 72 jam, mulakan semula aplikasi Spotify beberapa kali (ini mungkin masalah cache).
Tambah imej pengepala
Harap maklum: Imej pengepala menggantikan imej avatar dalam aplikasi desktop dan pemain web Spotify.
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
- Klik ikon pensel pada bahagian atas belah kanan.
- Di bawah Imej pengepala, klik Kemas kini.
Uruskan galeri imej anda
Tambah, keluarkan atau susun semula imej dalam galeri imej anda. Anda boleh menambah sehingga 125 imej.
Pelayar web
- Log masuk ke artists.spotify.com.
- Klik Lihat Profil di bahagian atas sebelah kiri.
- Klik PERIHAL.
- Klik ikon pensel di sebelah Galeri imej.
Aplikasi
- Ketik ikon profil pada bahagian bawah sebelah kanan.
- Tatal bawah ke Perihal.
- Ketik EDIT di sebelah Perihal.
Artikel Berkaitan
Adakah artikel ini berguna?